KERAJAAN AKAN AMBIL TINDAKAN MEREKA YANG ANCAM KEAMANAN, KATA WAN AZIZAH

PUTRAJAYA tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap individu yang mengancam keamanan dan keharmonian negara, kata Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan perdana menteri itu berkata rakyat memberikan kepercayaan kepada kerajaan baru untuk angkat negara ke arah keadilan yang lebih baik dan ekonomi yang lebih kukuh.

“Perdamaian dan kestabilan yang kita nikmati adalah tanggungjawab kolektif.

“Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang mengancam kedamaian dan keharmonian di negara ini.

“Berita palsu, mesej yang mengapi-apikan dan mesej yang menabur kebencian terhadap agama tidak ada tempat di Malaysia Baharu,” katanya pada Majlis Sambutan Minum Petang Krismas di Lutheran Centre di Petaling Jaya hari ini.

– https://www.themalaysianinsight.com/

.