RAFIZI SINDIR RAMKARPAL: MAKAN DENGAN KHAIRY, IZZAH ‘HARGA TELUR NAIK’

KUALA LUMPUR – Rafizi Ramli menyindir kenyataan wakil rakyat DAP yang mengkritik pertemuannya bersama Khairy Jamaluddin dan Nurul Izzah Anwar yang dianggap “wayang”.

“Tindakan saya, Nurul Izzah dan Khairy makan tengah hari bersama-sama telah dituduh sebagai salah satu sebab harga telur naik mendadak,” coretnya sinis di Twitter.

Ramkarpal Singh sebelum itu mendakwa pertemuan mereka “wayang” bagi mengalih perhatian tentang isu kemasukan hampir 40 wakil rakyat Umno dalam Pakatan Harapan (PH).

Ketua biro guaman DAP itu turut memetik kenyataan bekas naib presiden PKR N. Surendran yang mempersoalkan kenapa Nurul Izzah makan dengan musuh politik bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi Ramli@rafiziramli

Tindakan saya, @n_izzah & @Khairykj makan tengahari bersama2 telah dituduh sbg salah satu sebab harga telur naik mendadak.

Saya minta media & netizen jgn lg beri perhatian kalau kami lunch ke apa, nnt harga telur terkesan lg ha3.

Tlg lah jgn RT.

952 people are talking about this

Ramkarpal, juga ahli parlimen Bukit Gelugor, turut membangkitkan isu yang lebih wajar ditangani oleh pemimpin PH antaranya kenaikan harga makanan, misalnya telur.

“Mereka mahu anda menunjukkan prestasi [khidmat], bukannya makan tengah hari yang mendapat liputan meluas,” katanya dalam kenyataan awal pagi tadi.

“Tolonglah hentikan [publisiti makan tengah hari]. Buatlah perkara yang lebih mustahak misalnya bagaimana mahu menurunkan harga telur hari ini.”

Beliau juga berharap pemimpin PKR tersebut membantu memastikan janji PH ditepati dengan menaikkan Anwar sebagai perdana menteri bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam media sosial sama, Rafizi menulis: “Saya minta media dan pengguna internet jangan lagi beri perhatian kalau kami makan atau apa, nanti harga telur terkesan lagi. Ha, ha, ha.”

Bekas ahli parlimen Pandan dan bekas naib presiden PKR itu menulis “tolonglah jangan RT [kongsi coretan ini]. Semua salah RT”

Membalas sindiran Rafizi, Khairy mengatakan dengan sinis selepas ini mungkin mereka harus makan telur dadar pula.

Kemudian tokoh muda PKR itu menyindir lagi: “Ha, ha, ha. Yeah, telur dadar pun sesuai dengan gaya pemakanan saya (tidak ada bezanya).”

Menjawab coretan seorang pengikutnya di Twitter, Rafizi seterusnya berkata: “ha, ha, ha, letih. Kena makan dalam gua.”

– https://www.projekmm.com

.