LATHEEFA KOYA PERTAHAN DAKWAAN ANWAR AMAL KRONISME

Latheefa Koya mempertahankan kenyataannya yang mendakwa Presiden PKR Anwar Ibrahim mengamalkan kronisme dan nepotisme.

Peguam itu berkata memandangkan PKR adalah parti terbesar dalam kerajaan Persekutuan, rakyat perlu diberi penjelasan mengenai pelantikan pengerusi-pengerusi negeri yang meragukan.

“Perkara yang saya bangkitkan dalam kenyataan saya pad Isnin bukan hanya berkenaan parti.

“Ia adalah tentang kebimbangan terhadap kronisme dan nepotisme dalam parti terbesar dalam kerajaan Persekutuan negara ini. Maka, ia adalah kepentingan umum yang serius.

Beliau turut berkata aduan tatatertib terhadapnya oleh Cabang Klang dan Cabang Indera Mahkota sebagai amalan rejim lama.

“Menggunakan aduan tatatertib untuk cuba menutup mulut saya adalah gaya Umno yang keji. Ia tidak akan berjaya,” kata Latheefa.

Terdahulu, Cabang PKR Klang dan Indera Mahkota mengemukakan aduan masing-masing kepada ibu pejabat parti di Petaling Jaya berkenaan kenyataan yang dikeluarkan oleh peguam itu pada Isnin.

Kedua-duanya disokong oleh bahagian Cabang Paya Besar, Kelana Jaya dan Kuala Langat.

Mereka mahu lembaga disiplin parti itu menghukum Latheefa kerana membuat kenyataan yang meletakkan parti dalam keadaan tidak baik.

Kenyataan Latheefa pada Isnin mengatakan pelantikan ketua parti negeri tidak telus dan dilihat berpihak calon yang cenderung kepada Rafizi Ramli.

Beliau berkata selain pemimpin Sarawak dan Selangor, semua ketua negeri lain yang dilantik oleh Anwar “dikenali sebagai satu daripada dua puak utama dalam PKR”.

– https://www.themalaysianinsight.com

.