SKIM POTONG GAJI BAYAR PTPTN TANGGUH, UMUM MASZLEE

PUTRAJAYA,13/11/2018,Minister Education Dr Maszlee Malik and Malaysia Anti Corruption Commission attend Forum Permuafakatan at Perbadanan Putrajaya,MALAY MAIL/AZINUDDIN GHAZALI

MENTERI Pendidikan Maszlee Malik hari ini mengumumkan skim bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digantung, dua hari selepas skim itu diumumkan.

“Skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) PTPTN akan digantung buat masa ini sehingga kami menerima maklum balas kolektif dari semua pihak berkepentingan,” kata Maszlee di Twitter hari ini.

Maszlee Malik@maszlee

The ICLR PTPTN repayment scheme will be suspended for the time being until we receive the collective inputs and feedback from all stakeholders.

The Malaysian Insight difahamkan keputusan menggantung PGB dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya, pagi tadi.

“Kabinet berpandangan PTPTN harus mendengar maklum balas dan rungutan semua pihak,” kata sumber yang maklum tentang keputusan itu.

The Malaysian Insight juga difahamkan Kabinet memutuskan skim PGB tidak akan dilaksanakan secara retrospektif, menjadikan jadual pembayaran sedia ada bagi peminjam yang sedang membayar balik pinjaman, kekal.

Dalam kenyataan rasminya, Maszlee petang ini berkata pelaksaan PGB itu ditangguhkan untuk membolehkan PTPTN berbincang dengan semua pihak berkaitan untuk mencari formula terbaik untuk meraih semula pinjaman.

Penangguhan itu juga dibuat memandangkan PTPTN perlu menghormati perjanjian di antara peminjam dengan agensi tersebut berhubung bayaran ujrah, katanya.

“(PTPTN) tidak harus mengenakan skim baharu ini ke atas kesemua peminjam sekali gus, terutama bagi mereka yang telahpun menyatakan komitmane untuk membuat bayaran setiap bulan tanpa melibatkan potongan gaji,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan mengumumkan butiran skim potongan gaji yang dilaksanakan serendah 2% sehingga 15% bagi mereka yang berpendapatan RM2,000 dan ke atas bermula 1 Januari.

Skim itu awalnya diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa membentangkan Belanjawan 2019, Oktober lepas.

Hal yang sama turut diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Twitter hari ini.

“Selepas bermesyuarat dengan Jemaah Menteri, Kabinet bersetuju untuk menilai semula pelan pembayaran semula PTPTN. Your Voice matters, selamat menunaikan solat Jumaat,” kata beliau.

Syed Saddiq

@SyedSaddiq

Your voice matters.
Selamat menunaikan solat jumaat.

Syed Saddiq

@SyedSaddiq

Terima kasih kepada Anak Muda yang banyak berkongsikan pandangan mereka berkenaan kadar pembayaran semula PTPTN. Saya ambil maklum dan akan bawa suara anda ke mesyuarat jemaah menteri esok.
Rest assured that your voice matters! I will never stop fighting for you.#YouthPower

Embedded video

Menteri itu semalam berkata beliau ambil maklum pandangan dan rintihan yang disampaikan oleh anak muda berkenaan kadar bayaran semula PTPTN itu dan akan disampaikan dalam mesyuarat Jemaat Menteri.

Tidak lama selepas mengumumkan skim PGB itu, Wan Saiful menerima kritikan termasuk dari pemimpin Pakatan Harapan. Beliau kemudiannya berkata akan mendengar pandangan dari semua pihak.

Antara kritikan tersebut ialah skim itu tidak jelas sama ada akan dikenakan ke atas peminjam yang konsisten membayar balik pinjaman dan apakah majikan akan melaksanakan pemotongan gaji jika peminjam tidak bersetuju dengan julat potongan. Turut menjadi eprhatian ialah kenaikan mendadak peratus potongan gaji bagi mereka yang berpendapatan tinggi.

Sebelum ini lagi, kerajaan PH dikritik kerana gagal menunaikan janji plihan rayanya untuk mewajibkan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam berpendapatan RM4,000 ke atas.

the malaysian insight

.