Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kaedah baharu itu jelas tidak adil kepada peminjam yang sedang membayar balik pinjaman.

Harap jemaah menteri dapat memberi arahan untuk tangguh kaedah ini pada mesyuarat esok,” katanya melalui laman mikro Twitter miliknya.

Kaedah baharu bayaran balik pinjaman secara progresif itu dijadualkan berkuat kuasa Januari 2019.

Menurut Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan, perjanjian yang telah ditandatangani peminjam sebelum ini menunjukkan peminjam telah pun bersetuju membuat bayaran balik mengikut apa-apa skim ditetapkan perbadanan itu.

sinar harian

.