PENDAPATAN KURANG SEPARUH JIKA POTONG SUBSIDI, KATA PESAWAH

A farmer planting paddy seedlings at Jitra, Kedah on January 11, 2018. Jitra is one of two state assembly seats in Kubang Pasu parliament of Kedah. - The Malaysian Insight pic by Hasnoor Hussain.

BAGAI jatuh ditimpa tangga, itulah nasib mereka apabila kerajaan memotong subsidi baja dan racun kelak, kata warga petani yang ditemui The Malaysian Insight di kawasan utara semenanjung.

Seorang daripadanya, Md Razi Kamis berkata, beliau sukar menanggung keluarga dengan pendapatan tidak menentu daripada tanaman padinya di kawasan Gunung Keriang, Kedah.

Petani berusia 44 tahun itu menelan perit apabila mendengar khabar kerajaan Pakatan Harapan akan memotong subsidi baja dan racun untuk petani sepertinya.

Jelasnya, potongan subsidi itu akan menyebabkan beliau kehilangan sehingga separuh hasil yang diperolehi setiap musim.

“Sekarang ini pun nak dapat untung daripada bendang kita pun payah sebab kos menanam, membaja, menuai tinggi,” katanya yang mengusahakan enam relung padi.

Untuk perbandingan, kawasan seluas satu hektar bersamaan kira-kira tiga setengah relung.

“Ada musim itu hampir tak balik modal,” katanya yang tidak pasti sekiranya beliau akan dapat terus menanam padi sekiranya subsidi itu dipotong.

“Kalau betul subsidi kena potong, orang yang buat dua, tiga relung kena berhenti buat bendang. Takkan balik modal,” katanya.

Hamdan Hassan, penyelaras Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) berkata untuk program tanaman padi di Perlis berkata, 70% daripada petani mengusahakan kawasan seluas kurang dari lima relung.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019, Putrajaya mengumumkan untuk mengurangkan subsidi berkenaan dan memberhentikan elaun musim tengkujuh kepada petani.

Subsidi baja kepada pesawah dipotong dari RM465 juta dalam Bajet 2018 kepada RM230 juta.

Langkah ini menimbulkan kemarahan wakil rakyat kerjaaan seperti Hassan Abdul Karim dari Pasir Gudang yang mempersoalkan jika kerajaan mengabaikan rakyat paling miskini.

Pemotongan subsidi itu juga dilihat janggal kerana dasar pertanian kerajaan mensasarkan untuk meningkatkan pengeluaran makanan tempatan untuk menjamin keselamatan makanan.

Pesawah Md Isa dan Kassim risau pendapatan mereka akan berkurangan jika kerajaan meneruskan rancangan memotong subsidi untuk petani. – Gambar The Malaysian Insight, 7 Disember, 2018.
Pesawah Md Isa dan Kassim risau pendapatan mereka akan berkurangan jika kerajaan meneruskan rancangan memotong subsidi untuk petani. – Gambar The Malaysian Insight, 7 Disember, 2018.

Potong subsidi bermaksud potong pendapatan

Dianggarkan seramai 50,000 petani mengusahakan tanaman padi di Kedah dan Perlis, yang menyumbang kepada 40% beras yang digunakan dalam negara.

Kos paling tinggi yang ditanggung oleh petani ini adalah kos sewa, bergantung kepada lokasi – di antara RM300 ke RM1,000 setiap relung.

Hamdan, yang mengusahakan bendang di Perlis menyewakan relung padinya pada kadar di antara RM300 hingga RM600 setiap satu.

Md Razi dan jiran-jirannya di Keriang menyewa pada kadar RM800 hingga RM1,000 setiap relung.

Kos paling tinggi yang ditanggung oleh petani ini adalah kos sewa, bergantung kepada lokasi – di antara RM300 ke RM1,000 setiap relung. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Disember, 2018.
Kos paling tinggi yang ditanggung oleh petani ini adalah kos sewa, bergantung kepada lokasi – di antara RM300 ke RM1,000 setiap relung. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Disember, 2018.

Satu lagi kos yang tinggi adalah upah untuk membajak, menanam benih, membaja dan meracun. Seseorang petani juga perlu menyewa mesin penuai dan lori untuk membawa hasil ke kilang.

Di Perlis, kos untuk kesemua proses di atas adalah sekitar RM1,200 setiap relung. Di Kedah, kos itu lebih tinggi – antara RM1,500 hingga RM1,600 serelung, kata Kasim Murad dari Kampung Gunung Hulu.

Pada setiap musim, kerajaan menyediakan enam beg baja untuk setiap relung dan baucar RM200 untuk membeli racun daripada Mada, agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia pengeluaran padi di Kedah dan Perlis.

“Kalau subsidi baja kena potong sampai setengah, kos kita boleh naik RM150 satu relung kerana kena beli baja di luar,” kata Kassim, 50 tahun.

Jika dibandingkan, petani di Gunung Keriang hanya meraih antara RM300 hingga RM400 setiap relung pada musim terakhir tahun ini, kata seorang lagi petani, Md Isa Saad.

Menurut kiraan petani ini, pendapatan mereka dari setiap relung akan berkurangan separuh jika kerajaan mengurangkan subsidi.

Kerajaan perlu menutup ketirisan sistem pemberian subsidi sebelum memutuskan untuk memotongnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Disember, 2018.
Kerajaan perlu menutup ketirisan sistem pemberian subsidi sebelum memutuskan untuk memotongnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Disember, 2018.

Semua orang mahu makan subsidi

Seperti jirannya yang lain, Hamdan tidak bersetuju dengan rancangan mengurangkan subsidi tetapi menurutnya ada perkara lain yang menyebabkan pendapatan petani berkurangan walau diberikan subsidi.

Petani berusia 50 tahun yang mengusahakan 26 relung di Kuala Perlis dan Kangar itu berkata, subsidi berkenaan bertujuan untuk membantu kos operasi petani.

Namun apabila kerajaan mengumumkan subsidi, semua pihak yang terlibat dalam industri pengeluaran padi menaikkan harga masing-maisng.

“Bila nampak saja pesawah dapat subsidi kerajaan, tuan tanah, orang yang sewa mesin, sewa lori semua naikkan kos mereka. Sebab mereka nak makan sekali.”

Lalu akhirnya, penjimatan yang sepatutnya dapat dinikmati petani dengan pengurangan kos baja dan racun itu hilang kos untuk perkhidmatan lain meningkat.

“Bila dapat subsidi ini satu dua musim sahaja dapat rasa duit lebih sikit. Lepas itu kos semua naik, duit yang kita jimat itu hilang. Balik macam dulu (sebelum ada subsidi),” katanya.

Pesawah juga berdepan tindakan khianat pihak lain apabila kerajaan memberikan subsidi kerana harga akan naik disebabkan semua pihak mahu tumpang faedah itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Disember, 2018.
Pesawah juga berdepan tindakan khianat pihak lain apabila kerajaan memberikan subsidi kerana harga akan naik disebabkan semua pihak mahu tumpang faedah itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Disember, 2018.

Namun jika kerajaan mengurangkan subsidi, kos berkenaan akan kekal tinggi, kata Hamdan yuang menambah, subsidi yang sepatutnya membantu naikkan pendapatan menjadi keperluan untuk tanaman padi.

Petani yang ditemui The Malaysian Insight bagaimanapun berkata kerajaan sepatutnya memotong nama penerima yang menyalahguna subsidi daripada senarai.

“Ada petani yang kata ada enam relung, jadi dia dapat baja untuk enam relung. Tapi dia tanam empat relung saja, jadi baja lebih itu dia jual,” said Md Razi.

Sesetengah kilang baja, seperti yang menjadi fokus laporan media pada Oktober lalu juga bertanggungjawa mengambil untung ke atas skim subsidi padi itu.

“Ada syarikat beli (baja) daripada petani, dia bungkus balik dan jual pada ladang kelapa sawit.

“Kerajaan patutnya selesaikan ketirisan ini dulu dan buat pemutihan daftar pesawah sebelum potong subsidi,” katanya.

the malaysian insight

.