PEMUZIK TEMPATAN TOLAK PERKAUMAN MENERUSI VIDEO RAP

KONFLIK berhubung kaum baru-baru ini seperti kejadian rusuhan kuil Hindu Seafield di Subang Jaya dan kes seorang pekerja promosi bir yang diganggu secara lisan, telah menyebabkan sekumpulan pemuzik bekerjasama menghasilkan sebuah lagu yang menyatakan hasrat mereka untuk bersama menolak sikap perkauman.

Prem Darsha, 24, Sri Sidhartha, 20 dan Arvind Raj, 25, mengambil masa satu hari untuk menumpahkan ilham mereka mereka bagi menghasilkan sebuah lagu rap yang mereka harap akan dapat melawan sikap negatif dan permusuhan sesama warga Malaysia semakin berleluasa terutama di media sosial.

Akhirnya lagu “Melayu Cina India” berjaya dihasilkan. Dan kini lagu itu mengungguli 24,000 tontonan dalam masa satu hari sejak dilancarkan pada 5 Disember.

Ketiga-tiga mereka bekerjasama dengan penyanyi rap India dan dan Melayu, manakala penyunting video berketurunan Cina pula bertanggungjawab untuk menonjolkan perpaduan kaum.

“Ada perkara-perkara perkauman yang digembar-gemburkan di media sosial, dan kami mempunyai banyak teman berbilang kaum, jadi kami mahu menunjukkan bahawa kami generasi yang menjangkaui isu-isu perkauman,” kata Prem.

“Kami bertemu, menulis dan merekodkan keseluruhan lagu dalam beberapa jam.”

Tiga orang yang bersahabat itu juga sempat membangkitkan rasa terkejut mengenai video seorang lelaki yang secara lisan dan kasar menyalahkan seorang pekerja promosi minuman keras wanita di sebuah pasar raya besar yang kemudian menjadi tular bulan lepas.

Dalam video 45 saat itu, lelaki tersebut mengganggu pekerja itu dan mempersoal kerja yang sedang dilakukannya di bahagian makanan dan minuman tidak halal.

Pelakunya kemudian mengaku bahawa beliau secara lisan telah mengganggu pekerja promosi minuman keras itu dan mengeluarkan kenyataan memohon maaf di atas tindakannya selepas beberapa laporan polis dibuat.

Beberapa hari kemudian, pada 26 November, sekumpulan lelaki bertopeng pula menyerbu kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, yang menyebabkan beberapa harta persendirian bernilai berjuta-juta ringgit rosak dan beberapa orang cedera.

Arvind, yang merupakan penyanyi utama dalam video muzik itu, berkata berita mengenai insiden itu, dan ulasan yang bermain di media sosial tidak mencerminkan realiti sebenar masyarakat Malaysia.

“Saya seorang India, jadi saya bercakap daripada perspektif India. Setiap lelaki India mempunyai sekurang-kurangnya seorang kawan Melayu dan Cina yang sangat baik,” katanya.

Satu baris lirik daripada lagu mereka mencerminkan keinginan mereka yang menginginkan perpaduan: “Melayu Cina India tidak berbeza, Satu sama satu kami warna Malaysia.”

Prem berkata walaupun lagu itu sebahagian besarnya dalam bahasa Tamil, terdapat unsur Melayu, Cina dan Barat yang dimasukkan ke dalamnya.

“Terdapat keajaiban apabila lebih daripada dua perkara menjadi satu, seperti muzik kami,” katanya.

Arvind bagaimanapun, menegaskan bahawa beliau dan rakan-rakannya tidak berupaya mencapai kemasyhuran atau populariti dengan lagu itu.

“Kami tidak melakukannya untuk publisiti, kami mahu lagu itu bercakap untuk dirinya sendiri,” katanya lagi.

THE MALAYSIAN INSIGHT

..