NAJIB SEKALI LAGI DIPANGGIL KE SPRM

BEKAS Perdana Menteri Najib Razak sekali lagi dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini untuk membantu siasatan berhubung dakwaan pindaan pada laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber SPRM mengesahkan ketibaan Najib kira-kira pukul 10.30 pagi.

Semalam, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad dipanggil agensi anti rasuah itu untuk membantu siasatan dakwaan berlakunya pindaan dalam laporan akhir audit 1MDB.

Dzulkifli antara beberapa saksi yang dipanggil selepas SPRM meneliti laporan audit tersebut yang dibandingkan dengan draf laporan akhir yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara.

Madinah mendedahkan dua isi penting yang tidak dimasukkan dalam laporan itu iaitu kehadiran ahli perniagaan dalam pelarian Taek Jho, atau Jho Low pada mesyuarat lembaga pengarah 1MDB dan status kewangan pelaburan negara.

Susulan kenyataan Madinah itu, SPRM membuka kertas siasatan baharu dan mengumumkan akan memanggil beberapa individu untuk membantu siasatan.

Pada 26 November lalu, bekas Ketua Audit Negara Ambrin Buang disiasat SPRM berhubung perkara yang sama.

THE MALAYSIAN INSIGHT

.