PEMBANGKANG DAKWA AZIZ BARI RANCANG UNDI TIDAK PERCAYA MB PERAK

IPOH — Ketua pembangkang Perak mendakwa exco negeri Abdul Aziz Bari perancang untuk menggulingkan menteri besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Datuk Saarani Mohamad, pemimpin Umno negeri, berkata jika kerajaan negeri itu tidak percaya, ia boleh bertanya sendiri pada wakil rakyat DAP itu, lapor Sinar Harian.

“Saya nak ingatkan kepada menteri besar dan yang lain, bolehlah ditanya kepada Adun Tebing Tinggi [Aziz], betul atau tidak dia orangnya yang pergi berjumpa dengan lima Adun itu…,” katanya.

Tambahnya, Umno Perak memiliki bukti kukuh termasuk akuan bersumpah daripada lima wakil rakyat mereka.

Pertemuan tersebut, dakwa Saarani lagi, dilakukan bermula 2 November hingga Sabtu lepas di beberapa lokasi di dalam dan luar Perak.

Minggu lalu, Saarani menyatakan beberapa wakil rakyat Umno dipujuk bagi menyokong usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Faizal, pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Aziz sebelum ini menyifatkan dakwaan Saarani itu “karut”, sementara seorang lagi exco negeri Asmuni Awi mendakwa ditawar menjadi menteri besar jika menyertai Umno.

the malaysian insight

.