KUALA LUMPUR: Menteri pendidikan membentangkan 3 rang undang-undang di Dewan Rakyat hari ini, termasuk RUU Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2018.

RUU Auku itu bertujuan memansuhkan larangan ke atas pelajar universiti terlibat dalam parti politik di kampus.

Pindaan dibentangkan hari ini tidak seperti yang diumumkan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini, yang mana Kementerian Pendidikan memberi jaminan Auku akan dimansuhkan.

Bulan lepas, kementerian berkata usaha sedang diambil untuk memansuhkan akta itu dan ia akan dijalankan secara berperingkat.

Ketiga-tiga RUU itu mahu membenarkan pelajar di menara gading melibatkan diri dalam parti politik di kampus.

Auku diperketatkan untuk mengehadkan pembabitan pelajar dalam politik pada 1975 selepas tunjuk perasaan Baling.

Ribuan pelajar universiti menunjuk perasaan di Baling, Kedah, atas solidariti dengan penoreh getah yang bergelut untuk hidup selepas kejatuhan harga getah sedunia.

Mereka diketuai aktivis pelajar seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Hishamuddin Rais.

Selepas 1975, pelajar dari universiti awam dan mereka di institusi-institusi pendidikan tinggi swasta, politeknik, kolej komuniti dan institut perguruan bawah Auku.

FREE MALAYSIA TODAY

.