MENTERI: DANA HRDF DIGUNA BELI HARTANAH, BERI BONUS

Sebahagian besar wang Tabung Pembangunan Sumber Manusia dialihkan untuk digunakan bagi kepentingan individu tertentu, dedah Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran hari ini.

Beliau berkata beberapa ahli lembaga pengarah terdahulu juga tidak mendedahkan kepentingan peribadi mereka kepada lembaga pengarah.

“Kami akan memulakan prosiding sivil dan jenayah terhadap sesetengah daripada mereka,” katanya seperti dilapor The Malaysian Insight.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan HRDF Town Hall di Pusat Konvensyen HGH di Kuala Lumpur hari ini.

mkini

.