PENGARAH JAWAB MUFTI: DRAMA SAYA TIADA UNSUR SEWA MENYEWA

PUTRAJAYA, 7 Jan -- Ulama tersohor negara Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri semasa ditemubual wartawan Bernama di pejabatnya baru-baru ini.?Zulkifli yang juga Muftil Wilayah Persekutuan diundang khas mewakili negara ke Persidangan Al Azhar Sedunia Bagi Mendokong Sokongan Kepada Baitulmaqdis pada 17 dan 18 Januari ini.?Persidangan anjuran bersama Al-Azhar As-Syarif dan Majlis Hukamak Muslimin itu berlangsung di Al-Azhar Convention Centre, Kaherah, Mesir bagi membincang dan mencari penyelesaian mengenai isu membantah tindakan Amerika Syarikat yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. ?--fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA?

PETALING JAYA — Selepas ditegur mufti, pengarah mengakui judul drama “Isteri Untuk Disewa” yang diadatasi dari novel boleh disalah tafsir jika tidak menonton keseluruhan cerita.

Mahu mengekal keaslian tajuk novel karya Syamnuriezmil, Osman Ali berkata drama berkenaan “langsung tiada unsur sewa menyewa isteri”, lapor mStar Online.

Namun, beliau mengakui “pernah terfikir untuk menukar tajuk” sebelum bermula proses penggambaran drama itu, yang ditayangkan menerusi saluran Astro Ria.

“Saya ada juga menyimpan beberapa tajuk lain sekiranya perlu ditukarkan sebelum ini,” katanya.

Dalam blognya, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata tajuk itu “kurang sesuai” dan “seeloknya biarlah ia selari dengan agama dan budaya ketimuran”.

“Kedudukan isteri adalah terlalu mulia untuk dijadikan tajuk sebegitu walaupun dengan tujuan gurauan,” katanya yang menganggap drama itu “umumnya baik”.

https://www.projekmm.com

.