WAKIL RAKYAT BN DAPAT 10 PERATUS, SELEWENG PROJEK RM3 BILION

KUALA LUMPUR― Seorang lagi pemimpin Barisan Nasional (BN) akan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa terlibat dengan rasuah projek RM3 bilion.

Walau tidak berada dalam pentadbiran kerajaan lepaas, wakil rakyat itu mengutip antara 8 hingga 10 peratus daripada nilai kontrak sesebuah projek, lapor New Straits Times.

“Penyiasat sedang meneliti projek bernilai lebih RM3 bilion itu, yang mereka percaya melibatkan unsur-unsur rasuah,” kata satu sumber yang tidak dinamakan.

Satu daripada projek itu Lebuhraya Pantai Barat sepanjang 316 kilomete yang dibangun bawah konsep bina-operasi-pindah dengan masa konsesi selama 60 tahun.

https://www.projekmm.com/

.