AZMIN HIPOKRIT? ADAKAH MEREKA SAMA2 BERKEMPEN?

Siapa menang dan siapa kalah dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR dijangka akan diketahui keputusannya pada hujung minggu ini.

Cabang-cabang PKR di Sarawak adalah negeri terakhir melakukan pengundian pada 11 November ini sebelum Kongres Nasional PKR akan dilangsungkan pada 16 -18 November di IDCC, Shah Alam.

Pertandingan yang paling mendapat perhatian ialah perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR antara Azmin Ali dan Rafizi Ramli.

Sehingga ini Azmin mendahului Rafizi dengan kelebihan 2,600 undi.

Menjelang pemilihan di Sarawak hujung minggu ini, lawatan Dr. Wan Azizah Wan Ismail ke Sarawak semalam menimbulkan pertikaian beberapa pihak dalam parti tersebut.

Mereka mengandaikan kedatangan Dr. Wan Azizah atas kapasiti Timbalan Perdana Menteri ke negeri itu adalah untuk berkempen bagi pihak tertentu menjelang pengundian hujung minggu ini.

Tetapi, hari ini Azmin juga datang ke Sarawak dengan melakukan beberapa lawatan, bertemu warga pendidik dan mengunjungi Ketua Menteri, Abang Johari Abang Haji Openg.

Adakah Azmin juga datang ke Sarawak atas kapasitinya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi untuk tujuan berkempen?

http://shahbudindotcom.blogspot.com/

.