MB NEGERI SEMBILAN MASUK HOSPITAL SEMULA SELEPAS PEMBEDAHAN

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun yang baru-baru ini selamat menjalani pembedahan jantung telah dimasukkan semula ke hospital selepas dikesan mempunyai terlalu banyak kahak.

Sumber terdekat berkata Aminuddin dimasukkan semula ke Hospital Serdang, Selangor pada 6 November untuk pemantauan doktor.

“Keadaan beliau sihat cumanya beliau mempunyai terlalu banyak kahak. Beliau telah pergi mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban pada Selasa namun diminta mendapatkan rawatan dan pemantauan doktor di Hospital Serdang, Selangor.

“Doktor menasihatkan menteri besar supaya banyak berehat. Ini mungkin kerana selepas beliau dibenarkan pulang pada 5 November, ramai yang mengambil peluang untuk menziarahnya. Disebabkan itu mungkin beliau kurang rehat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Aminuddin dimasukkan ke Hospital Serdang untuk pembedahan jantung pada 29 Oktober lepas.

Dalam pada itu, sumber menafikan dakwaan mengatakan Aminuddin dimasukkan semula ke Hospital Serdang disebabkan jangkitan kuman.

free malaysia today

.