ST KITTS DAN NEVIS BATAL PASPORT JHO LOW

PASPORT St Kitts dan Nevis milik ahli perniagaan yang dikehendaki pihak berkuasa dan kini dalam pelarian, Low Taek Jho dibatalkan oleh kerajaan itu, lapor portal berita di sana.

St Kitts & Nevis Observer melaporkan Perdana Menteri Timothy Harris membatalkan pasport Low pada Jun.

“Pentadbiran Perdana Menteri Dr Timothy Harris membuat keputusan untuk membatalkan pasport St. Kitts dan Nevis milik Jho Low menerusi Interpol pada Jun,” katanya.

Portal itu berkata langkah berkenaan dibuat selepas Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata Low yang lahir di Pulau Pinang dikehendaki kerana dipercayai melakukan pengubahan wang haram membabitkan dana daripada syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Low didakwa oleh pihak berkuasa Malaysia kerana terbabit dalam pengubahan ang haram, dan baru-baru ini didakwa oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat kerana mengubah wang haram dan merasuah pegawai di Malaysia dan Abu Dhabi.

Jho Low menafikan semua tuduhan itu.

St Kitts & Nevis Observer berkata Low menjadi “warganegara ekonomi” bagi negara Caribbean itu pada 2011 tetapi tidak pernah ke negara itu.

“Jho Low tidak pernah pada bila-bila masa masuk ke negara ini. Rekod imigresen menunjukkan Jho Low tidak pernah masuk mana-mana pelabuhan di St. Kitts dan Nevis.”

THE MALAYSIAN INSIGHT

.