NAJIB DIPANGGIL SPRM BERHUBUNG PENYELEWENGAN PROJEK SOLAR SEKOLAH SARAWAK

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, bagi memberi keterangan antaranya dipercayai berkaitan siasatan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.

Kenderaan dinaiki Najib kelihatan masuk ke ibu pejabat tersebut melalui pintu belakang pada kira-kira pukul 9.40 pagi.

Terdahulu, bekas perdana menteri itu menemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi, bagi mendengar prosiding sebutan kes.

Pada Oktober lepas, bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid turut dipanggil SPRM bagi memberi keterangan selama 5 jam berhubung kes sama.

free malaysia today

.