PENDAKWA: LEBIH 600 HALAMAN DOKUMEN BAGI PERBICARAAN ROSMAH

KUALA LUMPUR: Pendakwaan bagi kes pengubahan wang haram membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu mereka menyediakan lebih 600 halaman dokumen berkaitan perbicaraan kepada peguam isteri perdana menteri itu.

Pendakwa Fiat Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu Mahkamah Sesyen semasa sebutan kes Rosmah hari ini, bahawa mereka mengemukakan dokumen berkaitan perbicaraan kepada pasukan peguam Rosmah.

“Kami menyerahkan sebahagian besar dokumen perbicaraan pada 30 Oktober untuk pembelaan kerana kami dikehendaki mengikuti Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah,” katanya, sambil menambah bagaimanapun mereka masih menunggu pihak bank memberikan mereka penyata akaun.

Peguam Rosmah, Datuk K Kumaraendran mengesahkan pihanya menerima dokumen perbicaraan minggu lalu dan berkata mereka akan membuat permohonan yang perlu untuk memindahkan kes Rosmah ke Mahkamah Tinggi.

Sri Ram mengulangi pihak pendakwaan tidak membantah permintaan untuk memindahkan kes Rosmah.

“Arahan saya dari Peguam Negara adalah untuk membolehkan kes itu dibicarakan secepat mungkin,” katanya.

Beberapa penyokong Rosmah turut hadir di mahkamah hari ini. Mereka kelihatan berjabat tangan dengannya ketika beliau meninggalkan mahkamah.

Suami Rosmah, Datuk Seri Najib Razak juga berdepan perbicaraan bagi kesalahan pecah amanah, pengubahan wang haram, rasuah dan salah guna kuasa ke atas dana berkaitan 1MDB.

FREE MALAYSIA TODAY

.