‘CURILAH AHLI UMNO, KENAPA BERDENDAM DENGAN PAS’

KUALA LUMPUR – Tindakan merekrut ahli Pas yang dijadikan sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) buat pemimpin Amanah disifatkan sebagai komplot menghancurkan Pas.

Amanah sebaliknya didesak untuk menarik ahli-ahli Umno dan golongan atas pagar untuk menyertai mereka bukannya terus berdendam dengan Pas, kata, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad.

“Kalau Amanah jadikan agenda curi ahli Pas sebagai KPI, nampak macam Amanah nak hancurkan Pas.

Iskandar yang juga Pengerusi Kempen Penambahan Ahli Pas Pusat menyatakan, beliau menjalankan tugasnnya dengan mensasarkan golongan atas pagar atau tidak berparti.

“Pas tidak pernah pun menetapkan KPI untuk tarik ahli Amanah untuk sertai kami.

“Kalau mereka selesa dengan Amanah, teruskan bersama Amanah. Tak perlu curi mencuri ahli,” tegasnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Jangan tinggal rakan Pas: Mahfuz]

Sebelum ini, Mahfuz berkata, kejayaan  Amanah perlu dilihat bukan sahaja berdasarkan penambahan ahli baharu golongan muda, sebaliknya jumlah ahli Pas yang berjaya ditarik menyertai parti itu.

Menurutnya, keadaan itu juga menunjukkan walaupun sudah lama meninggalkan Pas, namun pemimpin Amanah di semua peringkat tidak pernah melupakan rakan-rakan yang masih bersama parti berkenaan.

sinar harian

.