ZAM LABEL MENTERI UMNO ‘PONDAN PADANG RENGAS’

Tan Sri Zainuddin Maidin menyelar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kerana menolak cabaran untuk bertanding menentang Tun Dr Mahathir Mohamad di kerusi parlimen Langkawi pada pilihan raya akan datang.

Merujuk kepada laporan berita yang memetik Nazri sebagai berkata bahawa beliau hanya bersedia untuk bertarung dengan Mahathir di kubunya sendiri, Zainuddin, menulis di tweet: “Pondan Padang Rengas”.

Padang Rengas adalah kawasan Parlimen Nazri di Perak.

Menteri Nazri Aziz sanggup lawan Mahathir hanya di kawasan sendiri.Masih muda pun pengecut nak keluar kg utk lawan orang tua nyanyuk.Poraah

“Menteri Nazri Aziz sanggup lawan Mahathir hanya di kawasan sendiri. Masih muda pun pengecut nak keluar kampung untuk lawan orang tua nyanyuk,” kata bekas menteri Umno itu yang lebih dikenali sebagai Zam.

Pengkritik Mahathir lazimnya membidas negarawan berusia 92 tahun itu sebagai nyanyuk kerana sering menukar pendirian dan pendapatnya, malah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pernah menyebutnya dalam ucapan baginda, baru-baru ini.

Menurut Nazri, beliau tidak boleh bertanding dengan Mahathir di Langkawi kerana sistem pengagihan kerusi Umno tidak membenarkannya untuk meninggalkan Padang Rengas.

“Mahathir sepatutnya lebih tahu. Beliau adalah presiden BN selama bertahun-tahun dan saya tidak perlu mengajarnya. Beliau tahu bagaimana sistem ini berfungsi,” katanya yang dipetik FMT.

Nazri mencetuskan perbalahan apabila beliau mencabar bekas perdana menteri dan presiden Umno itu untuk bertanding menentangnya di Padang Rengas.

Semalam, Mahathir membuat cabaran balas dengan ‘menjemput’ menteri itu untuk bertanding menentangnya di Langkawi.

Ini menimbulkan spekulasi bahawa pada usia 92 tahun, Mahathir merancang untuk membuat kemunculan semula.

“Mengapa dia mahu saya pergi ke tempatnya? Datanglah ke tempat saya.

“Awak menteri seluruh negara, bukan untuk Padang Rengas saja,” beliau dipetik sebagai berkata di Facebook Mukhriz Mahathir FC.

Tun M mungkin bertanding di Parlimen Langkawi. Berita ini shj jika benar sudah memuncakkan semangat rakyat utk jatuhkan NAJIB tanpa sabar

Mengulas perkembangan terbaru ini, Zainuddin berkata, jika benar bahawa Mahathir akan bertanding, “ini sahaja sudah memuncakkan semangat rakyat untuk jatuhkan (Perdana Menteri) Najib (Razak) tanpa sabar.”

– M’kini

.