ZAID – DARI BUKIT KIARA KE TROPICANA

Esok, khamis 7 Februari 2017, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim dijadual akan mengadakan sidang akhbar bersama Tun Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang di Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara.
Bagaimanapun, seperti yang disebut oleh Zaid sendiri, Kelab Diraja Selangor pada saat-saat akhir tidak membenarkan tempat mereka digunakan untuk sidang akhbarnya itu.
Zaid seterusnya mendakwa, pembatalan yang dimaklumkan pada 6 petang, Ahad lalu dibuat  kerana “desakan politik” pihak-pihak tertentu, meskipun tempahan dan bayaran sudah dibuat sejak seminggu yang lalu.
Tiada sebab khusus mengapa pembatalan itu dilakukan, tetapi dipercayai kerana ia melibatkan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir.
Tidak putus asa atau lemah semangat dengan pembatalan tersebut, Zaid segera mengubah lokasi sidang akhbarnya itu ke kediamannya di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya.
Malah, sidang akhbar pada 9.30 pagi esok tetap akan dihadiri oleh Tun Mahathir dan Lim Kit Siang sebagaimana yang dirancang pada peringkat awalnya.
Maknanya, meskipun cuba “dicaras”, program itu tetap berlangsung tanpa terjejas apa-apa. Cuma lokasinya saja yang berubah.
Untuk itu, para wartawan dan petugas media, dipersilakan datang beramai-ramai ke Tropicana pada esok pagi. Lupakan saja Kelab Diraja Selangor, Bukit Selangor.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai apakah sidang akhbar Zaid bersama Tun Mahathir dan Lim Kit Siang itu, sama-sama kita tunggu perkembangannya nanti?

– http://shahbudindotcom.blogspot.com/

.