ZAHID YANG PRIHATIN

Ketika balu dipilih bertanding di Kuala Kangsar dahulu, meskipun ramai yang marah dan tidak setuju, tapi kebimbangan rakyat tiba-tiba melonjak bila balu Ketua Menteri pun dijadikan calon juga.
Dah jadi macam trend nampaknya…lalu timbul pertanyaan, selepas ini giliran balu siapalah pula agaknya?
Kalau asyik balu saja dijadikan calon, bermakna meloponglah pejuang-pejuang parti untuk menjadi pengganti.
Mujurlah Zahid Hamidi cepat-cepat sedar dan segera menunjukkan keprihatinannya dengan mengatakan pemilihan balu bukanlah trend atau dasar bagi BN.

Adakah apa yang tersebar di media sosial sejak sehari dua lalu yang membuatkan Zahid dengan pantas berbuat begitu?

– http://shahbudindotcom.blogspot.my/

.