YEO BIDAS ROSMAH, GESA LETAK JAWATAN

Isteri perdana menteri Rosmah Mansor patut berhenti menjadi penaung program pendidikan awal kanak-kanak PERMATA jika tidak mampu berdepan pemantauan awam, kata Yeo Bee Yin.

Anggota parlimen Damansara Utama berkata Rosmah berlagak sebagai mangsa dalam isu “pengurusan agensi kerajaan dan wang pembayar cukai”.

“Suka saya cadangkan beliau letak jawatan sebagai penaung PERMATA jika tidak dapat menahan kritikan dan memenuhi tuntutan terhadap ketelusan,” kata wakil rakyat DAP itu.

Rosmah semalam berkata, beliau tidak dapat memahami mengapa sesetengah pihak masih banyak bertanya mengenai program PERMATA walaupun banyak penjelasan mengenainya dibuat.

Beliau berkata, pelbagai isu yang dikaitkan dengan PERMATA kadang-kadang mengecewakannya kerana program berkenaan tidak pernah mengambil kira faktor politik.
Rosmah juga sekali lagi menegaskan tidak pernah mengambil wang yang diperuntukkan kepada PERMATA untuk kegunaan peribadi.

Sementara itu, Yeo juga menuntut penjelasan berkaitan agensi kerajaan tidak semestinya mempolitikkan perkara itu.

“Beliau nampaknya lupa bahawa dana awam yang digunakan PERMATA berpunca daripada rakyat Malaysia yang gigih membayar cukai hasil pendapatan kerja keras kepada Putrajaya,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan kepada isteri perdana menteri diberikan peranan besar sedangkan beliau tidak dipilih rakyat dalam pilihan raya.

Yeo sebelum ini pernah hadir untuk sesi penjelasan berkaitan PERMATA.

– M’kini

.