YANG MENDORONGKAN SAYA MENULIS ‘TUN RAZAK JEJAK BERTAPAK SEORANG PATRIOT’

Memang berat  untuk menulis biography tentang seseorang pemimpin  jika kita tidak mempunyai perasaan kepadanya dan hanya  kerana dorongan wang.
Saya telah menolak bila diminta untuk menulis biography beberapa orang pemimpin lain setelah saya menghasilkan biography bergambar Tun Abdul Razak Jejak Bertapak Seorang Patriot yang diterbitkan bersama oleh Yayasan Tun Razak dan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd pada tahun 1997.
.
Saya  merujuk  semula kepada buku ini untuk menilai sejauh mana kebenaran A. Kadir Jasin dalam blognya mengatakan saya mempunyai authoriti dalam penulisannya  kerana telah mengikuti kegiatan Tun Abdul Razak di dalam dan luar negara sebagai wartawan disamping itu juga berkawan dengan anaknya Datuk Seri Najib semasa menjadi menteri kabinet.
Berasaskan kepada fakta ini, Datuk Kadir berpandangan saya  mempunyai kredebiliti dalam mendakwa bahawa Najiblah yang akan kesipuan jika Tun Mahathir turut hadir dalam upacara mengangkat sumpah Yang di Pertuan Agung yang baru, baru-baru ini.
Saya merasa beruntung dapat menghasilkan buku ini yang mempunyai dua bahagian iaitu bahagian pertama butir terperinci perjalanan awal hidup Tun Razak  di kampung dan di alam persekolahan dan bahagian kedua penceritaan bergambar yang penuh dramatik dan bersejarah  dalam kepimpinan dan
pemerintahannya sehingga ke akhir hayat.
Sebagai seorang yang tidak kemas dan tidak  berdisplin, meneliti semula buku ini, saya tidak percaya  saya sebagai penulisnya  kerana  tersenarai  secara teratur penyampaian tiap langkah visi dan strategi penghayatan dan pencapaian  seorang pemimpin yang bijak mengexploitasi sesuatu situasi bagi pembangunan dan keselamatan bangsanya.
Penghargaan kepada pencapaian Allahyarham semakin dirasakan oleh pemimpin-pemimpin dan generasi baru selepas merdeka yang sekarang  berada dalam kebimbangan dan kerisauan melihat satu demi satu keruntuhan tugu-tugu yang telah terbina dengan bijaksana.
Saya adalah  diantara tiga orang yang diminta oleh Azah Aziz, isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz  seorang anggota Lembaga Amanah Yayasan Tun Abdul Razak, untuk menulis Biography bergambar ini. Dua orang lagi ialah Rijal Arbee wartawan Berita Harian dan Firdaus Abdullah Pensyarah Universiti Malaya juga wartawan BH di era Tun Abdul Razak.
Bagaimanapun Kak Azah akhirnya kembali kepada saya dan menyatakan  “Kak Azah harap Zam jugalah yang menulis buku ini” setelah di tolak oleh kedua rakan saya.
Saya mempunyai keyakinan boleh menulis dan mengumpul gambar yang berkaitan kerana saya telah mengikuti jejak-jejak Tun sejak awal 60an ketika beliau  bertanggungjawab sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar hingga ke akhir hayatnya sebagai Perdana Menteri di London pada 14 Januari 1976. Pada masa itu saya berada di London sebagai wakil Utusan Melayu.
Bagaimanapun dalam masa menjalankan tugas penulisan ini  setelah bersara dari tugas wartawan Utusan Melayu, isteri saya Zaiton diserang angin ahmar yang menyebabkan fikiran saya terganggu dan mahu melepaskan tanggungjawab ini  tetapi kata-kata pemandu saya  Karupaya  menghidupkan kembali semangat saya “Datuk, duduk sahaja pun lagi risau, kita sibuk boleh lupakan masalah diri,” katanya.
Pemergian Allahyarham Tun Razak di London juga tidak diketahui dengan serta merta, hanya tersebar  dari mulut kemulut. Saya menyertai sembahyang ghaib untuk jenzahnya di surau Malaysia Hall di London sebelum di bawa pulang ke tanahair. Ketika inilah terkumpul seluruh ingatan saya kepada perjalanannya yang menyebabkan saya menitiskan air mata.
Untuk penulisan buku ini sesudah lebih 40 tahun kematiannya, saya telah menemui semua tokoh-tokoh yang terlibat dengan  jejak langkah Tun yang masih dalam ingatan saya terutama dalam bidang pembangunan luar bandar.Mereka terdiri   dari pegawai tinggi kerajaan,pemimpin politik, pegawai polis dan tentera dan mereka yang paling rapat dengannya hinggalah kepada rakyat biasa.
Kecintaan rakyat kepada Tun Razak  ternyata dari gambar-gambar upacara pengkebumian Allahyarham  di Makam Pahlawan dan juga ketika jenazahnya di letakkan di bangunan Parlimen sebelum di bawa kepermakaman. Ribuan manusia berbaris dengan sabar dalam suasana  tenteram dan suram  untuk memberikan penghormatan terakhir. Ada yang menangis dan yang pengsan.Suasana kesedihan tidak  terkawal.
Selain dari Ibu Pejabat  Jabatan Penerangan, saya bernasib baik  mendapat gambar -gambar yang amat sesuai dan paling bersejarah  untuk buku ini dari tong pembuangan sampah perpustakaan Utusan Melayu yang menunggu untuk diangkut oleh lori sampah.
Ketua Pegawai Keselamatan Utusan Melayu Kaptain Osman bin Abdul Hamid telah menunjukkan di mana gambar ini  dibuang  kerana Perpustakaan Utusan tidak memerlukannya lagi setelah disimpan  dalam compact disc.
Saya mencatitkan dalam Sekapur Sireh pendahuluan buku “Tun Razak Jejak Bertapak Seorang Patriot” :
“Kepada pegawai kerajaan Tun Abdul Razak adalah mentor, kepada keluarga dan saudara maranya beliau pelindung dan pengasih, kepada sahabat beliau rakan setia  dan kepada bangsanya yang melihat tugu-tugu kegemilangannya hari ini terbangun dari jejak-jejaknya,Tun Abdul Razak adalah visionary sepanjang zaman.
Adakah realiti dari visionary  ini akan kekal sepanjang zaman atau hancur dalam tangan anaknya sendiri? Masa lah yang akan menjawabnya.
Saya tidak mungkin akan menulis buku ini jika tidak ada dorongan dan galakan serta kepercayaan yang kuat dari Kak Azah Aziz Isteri Pak Ungku Aziz iaitu ibu kepada Zeti bekas Gebenor Bank Negara.Kak Azah adalah seorang tokoh budayawan ulung di negara ini yang telah meninggal dunia pada 10 Julai 2012 di usia 83.
Sesuatu yang amat saya  kesal dari penghasilan  buku ini ia telah  dicepelak oleh orang tertentu yang dijadikan video dengan tuntutan  bayaran beratus ribu ringgit daripada pihak tertentu tanpa merujukan kepada buku saya dan kemudian gambar-gambar  dari buku ini yang mengambil masa yang bagitu lama untuk saya mengumpulnya  telah diambil oleh beberapa penerbit buku-buku mengenai Tun Razak tanpa memberikan  kredit. Saya tahu gambar-gambar itu adalah ekslusif dari buku saya.
Buku ini hanya tinggal sebuah dua  lagi dalam bahasa Inggeris dan Melayu  di Zam Newsroom Cafe  D-G-3A  Block D, Ayer@ 8 Precint 8 Putrajaya atau anda boleh pesan terus dari Yayasan Tun Abdul Razak.
Seorang yang dalam kesedihan  cuba untuk menahan
tangisannya. Gambar bawah  seorang wanita pengsan di permakaman Tun Abdul Razak dan kulit buku Tun Razak
Jejak Bertapak Seorang Patriot

– http://zamkata.blogspot.my/2

.