YANG DI KELANTAN INI IKUT AL-QURAN ATAU TIDAK?

Meneruskan pembelaan terhadap dirinya setelah dikecam teruk kerana menyamakan saman sivil DOJ sebagai suatu bentuk campurtangan asing, Presiden Pas, Hadi Awang dalam tulisan terbarunya berkata,  kemelut 1MDB harus diselesaikan berpandukan ajaran Al-Quran.

Beliau juga memetik sebuah pesanan Rasulullah melalui hadis yang bermaksud:-

“Sesiapa yang menunjukkan bersama Islam ajaran yang baik nescaya dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengikut contoh baiknya tanpa dikurangkan pahalanya sedikit pun dan sesiapa yang menunjukkan bersama Islam ajaran yang jahat nescaya dia memikul dosanya dan dosa orang mengambil teladannya selepasnya tanpa dikurangkan dosanya sedikit pun (riwayat Muslim)”.

Alhamdulillah, siapa pun yang beragama Islam dan beriman dengan Al-Quran dan Hadis, pasti tidak menolak kebenaran kata-kata Hadi itu.

Jika Al-Quran yang diikuti dengan teliti, bukan sekadar dibaca tanpa meresap ke hati, tidak saja semua kemelut mudah diatasi, bahkan skandal 1MDB, kehilangan wang, pemindahan tunai beribu juta kepada akaun peribadi, joli dan shopping di sana sini dengan wang curi atau sumber yang diragui, semuanya tidak mungkin akan terjadi.

Tetapi, sementara mengatakan Al-Quran sebagai jalan penyelesaian terpuji, apa pula hukumnya berbaik-baik dengan pencuri?

Bagaimana pula dengan Pas yang dikata mahu menegakkan hukum Islam dan mungkin mampu membawa penyelesaian kepada kemelut 1MDB berpandukan Al-Quran, namun hanya mahu bertanding 100 kerusi saja?

Adakah Pas benar-benar mahu berkuasa atau sekadar ingin membantu penguasa sedia ada, bukan saja untuk terus berkuasa, bahkan mungkin melindungi dan menutup terus penyiasatan 1MDB?

Oppps…sebelum terlupa, terlanjur Hadi bercakap tentang berpegang kepada panduan Al-Quran, adakah beliau sedar tentang projek karbon di Kelantan yang melibatkan 1 juta ekar hutan simpan?

Sebagaimana yang didedahkan oleh Husam Musa, syarikat yang terbabit bukan saja tiada kelulusan Bank Negara dan ada kaitan dengan pelaburan yang meragukan, malah pejabatnya juga didakwa tidak wujud.

Soalan mudah saja, adakah ajaran Al-Quran benar-benar diikuti dan dijadikan panduan sebelum Kerajaan Pas Kelantan melaksanakan projek tersebut?

– http://shahbudindotcom.blogspot.my

.