WIRA TAK DIDENDANG MELETUP SEMULA

Saya tidak menyangka buku Wira Tak Didendang yang saya tulis semasa menjadi Menteri Penerangan dan dicetak kali kedua pada tahun 2006 telah meletup semula berikutan dengan posting yang bertajuk ” Jika tidak kerana Mahathir Negara akan terus dihantui” di blog saya bertarikh 5 Oktober 2017.

Saya telah menerima pesanan secara mendadak dari orang ramai dan terpaksa meminta bekalan tambahan dari penerbit kerana habis  dalam simpanan saya. Buku itu boleh didapati dari saya sekarang.

Rencana tersebut  bukan ditulis oleh saya tetapi oleh  sorang  pendokong tegar  Tun Mahathir, Sani Ahmad yang mengetahui dari dekat dan dengan mendalam  mengenai proses perundingan perdamaian dengan Parti Komunis Malaya yang direstui  oleh Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir pada tahun 1989

Pengarah Polis Cawangan Khas Tan Sri Rahim Noor amat bersetuju dengan konklusi yang saya buat dalam sebuah rencana saya berikutan dengan kejayaan rundingan itu bahawa  ” Tunku memulakannya (rundingan) dan Mahathir menamatkannya” yang dianggapnya menepati sejarah yang telah tercipta.

Bagi saya buku Wira Tak Didendang ini wajar dibaca oleh setiap anggota pasukan keselamatan terutama anggota-anggota polis dan tentera generasi baru yang tidak melalui sejarah genting negara untuk memahami dan menghayati sejarah secara ringkas dan padat dengan  mudah dan cepat.

Buku ini merupakan anekdot dari perspektif saya sebagai seorang wartawan yang menyaksikan sendiri detik-detik penting  dalam pemprosesan peristiwa penting negara yang kadangkala saya terlibat secara langsung dengannya.

Mengenai peranan Mahathir menamatkan perjuangan pengganas Komuis di Malaysia, Sani Ahmad berkata Jasa Mahathir tidak boleh diremehkan “Tetapi  apabila kepentingan diri mengatasi kepentingan majoriti rakyat, semuanya akan dilakukan termasuk bukan saja melupakan jasa Tun Mahathir, malah menghina beliau seolah-olah tidak ada jasa yang perlu dikenang”

Anda boleh memesan terus buku ini menerusi  online kepada: zainudinmaidin @gmail.com dengan bayaran RM30 kepada CIMB 8002397357.Sertakan alamat yang lengkap dan no telefon anda.

Saya akan autograp buku ini.

– http://zamkata.blogspot.my

.