WARTAWAN TURKI DITAHAN IMIGRESEN DI KLIA

Wartawan Turki Mustafa Aykol ditahan di lapangan terbang antara bangsa KLIA malam ini.

Hal ini disahkan Islamic Renaissance Front (IRF) yang mengundang Mustafa untuk bercakap dalam beberapa siri forum di Kuala Lumpur.

“Setelah diganggu dan dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Aykol kini ditahan pihak imigresen di KLIA.

Mustafa dijadualkan bercakap di dalam forum berjudul¬†‘The Islamic Jesus: The Commonalities Between Judaism, Christianity and Islam’¬†di kampus Nottingham University cawangan Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, majlis itu tidak diteruskan setelah JAWI bertegas kelulusan diperlukan daripada jabatan agama itu untuk majlis itu diadakan.

JAWI juga memanggil Mustafa untuk disoal-siasat di bawah Seksyen 11 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) kerana mengajar tanpa tauliah.

Pengarah IRF Dr Ahmad Farouk Musa turut disoal-siasat kerana dituduh bersubahat dengan Mustafa.

Di Twitter, IRF mengutuk penahanan Mustafa.

“Kami menjangkakan ia ada kaitan dengan JAWI. Talibanisasi semakin meningkat,” kata IRF.

– M’kini

.