WARISAN MAHU TIDAK KURANG DUA PERTIGA BAHAGIAN KERUSI, KATA TIMBALAN PRESIDEN

PARTI Warisan Sabah menolak tawaran Pakatan Harapan (PH) menyertai pakatan pembangkang di negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang. Hanya dengan kemenangan dengan tidak kurang dari dua pertiga kerusi negeri akan membolehkan objektif itu tercapai, kata timbalan presidennya.

PH Sabah hari ini bersetuju untuk membenarkan Warisan mengetuai pertempuran di negeri itu, menawarkan parti pembangkang yang baru terbentuk itu dengan 60% bilangan kerusi negeri, sebagai balasan bagi 60% kerusi Parlimen negeri.

Dalam respon segeranya, Timbalan Presiden Warisan Darrel Leiking berkata parti itu menyasarkan majoriti dua pertiga bagi membolehkan kerajaan baharu Sabah mengembalikan hak istimewa negeri.

“Pertama sekali, pemimpin-pemimpin Pakatan mesti faham yang Warisan menyasarkan majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana hanya dengan kemenangan seperti itu hak istimewa negeri dan mentadbir Sabah tanpa halangan dapat dicapai,” kata Leiking dalam satu kenyataan.

“Dengan itu, Sabah juga harus diwakili oleh ahli Parlimen dari parti-parti negeri yang tidak terikat dengan sesiapa apabila menegaskan hak-hak negeri di Dewan Rakyat.

Terlalu awal untuk mencapai kata persetujuan mengenai agihan kerusi antara PH dan Warisan, kata Leiking.

“Pertamanya, secara peribadi saya pemberian tawaran itu tidak bijak.

“Pemimpin-pemimpin PH harus sedar keseluruhan rundingan kerusi tidak hanya untuk mendapatkan bilangan kerusi paling banyak tetapi untuk mengadakan perbincangan rasional  berdasarkan kepada pelbagai faktor politik dan sosial.

“Lagipun, keputusan untuk calon-calon juga bergantung kepada popularitinya,” kata Leiking

“Warisan sebelum ini telah menjelaskan yang ia tidak akan menyertai PH, namun menyokong usaha untuk menawan Putrajaya.

– https://www.themalaysianinsight.com

.