WARIS KUMPULAN NAZA DAN VINCENT TAN BERTUNANG

WARIS Kumpulan Naza SM Faliq SM Nasimuddin melamar waris Kumpulan Berjaya Chryseis Tan yang bersetuju untuk mengahwininya. Kumpulan Naza dan Kumpulan Berjaya ialah antara syarikat konglomerat terbesar negara.

Pengumuman lamaran itu dilakukan Chryseis melalui Instagram yang disertakan sekeping gambar Faliq melulut untuk melamar berlatarbelakangkan jambangan bunga dan lilin.

Chryeseis juga melayan permintaan orang ramai yang mengucapakan tahniah dengan menerbitkan sekeping lagi gambar hari ini, memaparkan cincin pertunangannya.

Anak lelaki arwah SM Nasimuddin SM Amin yang berusia 32 tahun itu dan anak perempuan Vincent Tan yang berusia 29 tahun mengenali sejak zaman persekolahan kerana menghadiri sekolah antarabangsa yang sama.

Faliq yang merupakan timbalan pengerusi eksekutif dan pengarah urusan kumpulan Naza TTDI ialah salah seorang daripada tiga beradik lelaki waris Kumpulan Naza. Dia yang terakhir daripada mereka yang akan berkahwin.

Chryseis anak sulung daripada 11 orang adik beradik ialah CEO Berjaya Times Square dan pengarah eksekutif Berjaya Assets Bhd.

– https://www.themalaysianinsight.com

.