WARDEN PENJARA PUN RASAI HARGA NAIK – ANWAR

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perlu menangani segera kenaikan harga barangan yang membebankan rakyat sehinggakan warden penjara juga tidak terkecuali daripada bercakap mengenainya.

Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat sejak Februari 2015, berkata beliau mendengar banyak keluhan mengenai kenaikan harga barangan itu.

“Harga barang makin naik dan kerajaan harus lakukan sesuatu macam tubuh satu jawatankuasa untuk lihat perkara ini,” katanya ketika ditemui pada perbicaraan kes mahkamahnya di Kuala Lumpur.

“Perkara ini dirasai semua termasuk warden (penjara),” katanya.
Semalam, harga petrol RON 95 meningkat sebanyak 20 sen kepada RM2.30. Sebelum ini, pada 1 Januari lalu, harga petrol juga dinaikkan sebanyak 20 sen.

Dengan kadar pertukaran ringgit yang lemah berbanding mata wang lain, pengguna mula merasakan kesannya.

– M’kini

.