Wang ‘NERAKA’ Untuk Anak Pinjam ‘Along’

KUALA LUMPUR – Berang dengan tabiat buruk anaknya yang gemar meminjam wang daripada ‘Along’ untuk berjudi, seorang bapa bertindak memberikan ‘wang neraka’ apabila lelaki itu meminta bantuan untuk kali ketiga bagi melangsaikan hutangnya sebanyak RM110,000.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Lee, 60, ternyata malu dengan keadaan itu apabila mengambil keputusan untuk menyampaikan mesej jelas kepada anaknya bahawa “Kamu sudah tidak wujud lagi dalam hidup aku”.

“Saya sudah jalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan menolong anak saya. Tetapi selepas lapan tahun perkara ini berlaku, saya perlu hentikan. Dengan ini, saya meminta jangan ganggu kami sekeluarga,” katanya.

Pada 2009, anak Lee yang dikenali sebagai Ken berhutang sebanyak RM150,000 daripada enam ‘ALong’ untuk berjudi dalam talian. – Mstar

.