WAN JI DILANTIK PEGAWAI PENERANGAN GUAN ENG

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini melantik penceramah agama Wan Ji Wan Hussin sebagai pegawai penerangan dengan tanggungjawap menjelaskan dasar Islam negeri itu.

Beliau secara khusus, beliau akan membantu usaha menjawab naratif tidak benar terhadap kerajaan negeri dalam perkara berhubung agama Islam, lapor portal Free Malaysia Today.

Wan Ji yang adalah pemimpin Pemuda PKR Kelantan, hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Lim di bangunan Komtar, Georgetown.

“Kami sukacita dengan kehadiran Wan Ji untuk membantu menyempurnakan dasar kerajaan,” kata Lim pada sidang media hari ini.

Penceramah muda itu akan bergandingan bahu dengan Penasihat Strategik Lim, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, yang juga adalah setiausaha agung PKR.

– M’kini

.