WAN AZIZAH AKAN PERTAHAN KERUSI PERMATANG PAUH

PRESIDEN PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan desas-desus bahawa anaknya yang juga naib presiden parti itu Nurul Izzah Anwar akan menggantikan beliau di kerusi Permatang Pauh.

Wan Azizah menegaskan, beliau akan tetap mempertahankan kerusinya, Permatang Pauh dalam pilihan raya umum akan datang,

“Saya penyandang (di Permatang Pauh). Saya akan mempertahankan kerusi saya buat masa ini..(tapi) apa-apa pun boleh jadi.”

Wan Azizah mengulas spekulasi bahawa beliau akan memberi ruang kepada Nurul Izzah untuk bertanding di Permatang Pauh kerana kerusi Lembah Pantai yang diwakili anaknya itu dikatakan tidak lagi selamat ekoran dakwaan manipulasi demografi pengundi.

Wan Azizah ditemubual dalam program Insight Talk yang disiarkan secara langsung di laman Facebook The Malaysian Insight hari ini.

–¬†https://www.themalaysianinsight.com

.