WAJARKAH AHMAD YAKOB BERADA DALAM MAJLIS BUKA AURAT?

Dua atau tiga minggu lepas saya rasa boleh bangga dengan tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHAIK) yang telah mengeluarkan notis saman kepada seorang lelaki kerana berseluar pendek. Lelaki itu dicadangkan denda RM1,000 dan diminta menjalani kauseling wajib.

Ini sahih bukan budaya Melayu. pakai skirt. 

Walaupun tindakan itu dicemuhi oleh ramai orang kerana ia dianggap tindakan ekstrimis, tetapi secara peribadi saya bangga dengan tindakan tegas itu. Bagi saya apa yang berlaku itu, perwujudan peraturan itu adalah sebahagian keunikan dan keistimewaan negeri Kelantan.


Saya minta orang faham dengan
tindakan itu dan berilah hak kepada kerajaan Kelantan. Lagi pun undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas lelaki Islam berseluar pendek di tempat setidak sepatutnya di Kelantan sudah digubal sejak 30 tahun lalu.

Kurang manis persembahan begini di hadapan Ustaz.

Bagaimana pun saya sedih dan semacam kontas pula dengan apa yang berlaku malam semalam di majlis perasmian pintu gerbang Cheng Ho di Jalan Kebun Sultan Kota Bharu bila mana diraikan dengan  persembahan oleh peserta yang tidak menutup aurat.

Maksudnya penari kebudayaan di majlis itu berpakaian kurang sopan dan dianggap menjolok mata. Ia juga boleh dikelasifikasikan sebagai mendedah aurat jika dipadankan dengan peraturan kecil Enakmen Syariah Kelantan 1985 (2002). “Kesalahan” mereka lebih teruk daripada lelaki yang berseluar pendek itu.

Daripada beberapa gambar yang ditularkan dalam media sosial jelas sekali gambar peserta yang membuat persembahan itu tidak senonoh dan mencacat dan menjulingkan mata memandangnya. Paling menyedihkan dalam majlis itu dihadiri sama oleh pembesar negeri termasuk Menteri Besar Ustaz Ahmad Yakob.

Saya tidak faham kenapakah majlis sebegitu diadakan. Dalam tilikan saya yang mengambil bahagian semacam bukan orang Islam, anak-anak Melayu, tetapi orang bukan Islam. Tetapi sungguh pun begitu ia bukan lesen untuk menghalalkan penampilan begitu. Ia sangat tidak sesuai disaksikan oleh orang bukan Islam, apa lagi orang tua seperti Ahmad Yakob yang dianggap ustaz dan orang alim 40.

Melihat kepada cara berpakaian persembahan itu mungkin budaya tarian Cina?

Ahmad Yakob kelihatan dalam majlis dedah aurat.

Apakah kerana majlis itu ada sangkut paut dengan perasmian pintu gerbang berbudaya Cina maka persembahan kebudayaan Cina juga patut diadakan sehingga tidak mempedulikan sensitiviti syariah Islam?

Kenapa tidak diadakan persembahan Dikir Barat yang selalu ditampilkan dalam acara-acara lain adakan di Kelantan.

Anak-anak Cina Kelantan rasanya tidak pelek (telor) untuk menyanyi dan menuturkan lagu-lagu Dikir Barat, mereka juga boleh mengarut dan berdikir. Selalu kita berbangga yang orang Cina Kelantan unik, kenapa tidak tunjukkan keunikan itu di majlis seperti itu. Tidak sahkah perasmian itu kalau ia diraikan dengan budaya Melayu.

Di sinilah lemahnya orang Melayu, mereka tidak pandai mengeksploitasikan majlis seperti itu untuk mengangkat martabat budaya bangsa sendiri. Sudah tentu majlis itu disiarkan secara langsung boleh disaksikan di seluruh dunia. Sayang kesempatan itu tidak diambil kesempatan.

Berbalik majlis berkenaan bila ia tidak syarie, tetapi kenapa diadakan juga? Bagi saya ia satu kelemahan pihak pengurus majlis itu. Sepatutnya pegawai MB menyemak acara majlis itu dan memaklumkan kepada MB apakah ia sesuai hadir atau pun tidak. Tanpa semakan pengisian majlis itu, maka berlakulah kecanggungan itu yang menjadi perbualan umum.

Dari sudut lain, ia menampakkan bagaimana masyarakat Cina sangat teguh dengan budaya mereka. Walaupun berada dalam kelompok Melayu berabad-abad namun budaya mereka tidak pernah lekang dan pupus. Saya tidak fikir kalau diadakan apa-apa persembahan kebudayaan di Pulau Pinang atau Singapura ia turut diisi dengan persembahan budaya tradisi Melayu Kelantan seperti Dikir Barat?

Untuk masa akan datang bagi menjamin nama baik MB dan juga kerajaan Kelantan yang dianggap kerajaan Islam, semua pihak harus lebih berhati-hati. Kita tidak mahu kita bercakap untuk menegakkan syariat Islam, membendung maksiat tetapi bila ia ada sangkut paut dan kepentingan bagi kita segala peraturan dan azam itu diketepikan begitu sahaja.

– http://msomelayu.blogspot.sg

.