‘WAH, CANTIK BENAR, NI KERA KA ORANG?’

Calon perdana menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad turut terjebak dalam perbahasan berkaitan rekaan logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang dikecam banyak pihak.

Dengan nada sinis yang menjadi kebiasaannya, Mahathir merakamkan ‘pujian’ kepada logo itu dalam rakaman video di Facebook rasminya.

“Wah, cantik benar logo untuk Visit Malaysia 2010! Tapi gambar dalam logo tu nampak macam kera ka manusia ka?

“Inikah yang akan menarik orang melancong ke Malaysia? Saya fikir mereka akan berasa pelik. Mungkin kerana pelik itu dia akan menarik (orang).

“Tapi saya tak tahu,” kata Mahathir sampil meneliti gambar itu di komputer tablet beliau.

Dalam video pendek itu, Mahathir turut berkata terdapat banyak lagi rekaan yang lebih cantik dan menarik.

– M’kini

.