Laman Facebook Info Roadblock Jpj/polis yang memuat naik video berkenaan menyatakan, insiden itu berlaku di Bandar Sungai Long pada 16 Oktober lepas.

Video berdurasi 1 minit 51 saat itu menunjukkan seorang pemandu Myvi ingin memasuki taman berkenaan yang dikawal oleh pengawal keselamatan dan memberikan sesuatu kemungkinan pengenalan diri.

Namun pada 0.33 saat, pemandu itu keluar dan dilihat bertengkar dengan pengawal keselamatan berkenaan namun tidak diketahui apa puncanya.

Pada 0.49 saat kelihatan pemandu Myvi tersebut menghayunkan tangan namun tidak diketahui ada yang berlaku ekoran insiden terbabit berlaku di belakang dinding pondok pengawal terbabit.


Video ihsan FB Info Roadblock Jpj/polis

Laman Facebook Info Roadblock Jpj/polis pula mendakwa pengawal keselamatan itu patah gigi akibat ditumbuk ekoran terlambat membuka palang.

Video berkenaan kini sudah dilihat melebihi 4,026 kali dan dikongsi lebih daripada 826 kali sejak dimuat naik pada pukul 1.58 tengah hari tadi

Seorang pengguna Facebook, Tim Gong menyatakan: “Berapa marah pun, pukul orang adalah salah… Kita orang bertamadun… Kalau setiap kali marah pun pukul orang.. Then (Jadi) byk (ramai) orang i (saya) sudah pukul.”.

Sementara itu, Yuzri Yusoff pula berkata: “Pihak syarikat kawalan keselamatan sila siasat dan lapor kepada pihak berkuasa agar kebenaran terbukti kerana mendatangkan kecederaan kpd (kepada) mereka yg (yang) bertugas.”

Dalam pada itu Krul Azreen Zainon turut memuat naik komen: “Jgn (Jangan) menyusahkan atau menyulitkan org (orang) yg (yang) nak (hendak) masuk… Ade (Ada) setengah tu suruh kite (kita) turun tulis nama.”

Status Facebook Info Roadblock Jpj/polis itu menerima lebih 338 komen. – UTUSAN ONLINE

.