VIDEO: TERTUDUH TERIMA ‘LAYANAN ISTIMEWA’ DI IBU PEJABAT MIC

Seorang bekas ketua cawangan MIC yang dituduh menjanjikan bantuan mendapatkan pekerjaan kepada remaja dengan syarat mereka menyerahkan tubuh didakwa menerima “layanan istimewa” apabila beliau berada di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Ini disebut dalam video Whatsapp yang tular oleh seorang individu yang mendakwa bertanggungjawab merakamkan perbualan telefon antara bekas pemimpin akar umbi MIC itu dengan seorang wanita yang anak perempuannya mahu ditiduri oleh lelaki berkenaan.

Menurut lelaki itu, orang ramai tidak seharusnya membuat kesimpulan bahawa tertuduh dilayan dengan baik semasa mesyuarat.

“Tidak ramai yang tahu bahawa banyak ‘layanan istimewa’ diberikan kepada suspek itu (di ibu pejabat MIC). Kami tidak boleh mendedahkan semuanya.

“Hanya selepas ‘layanan istimewa’ kami memberinya air kerana tidak mahu bertanggungjawab jika dia mati kehausan. ‘Layanan’ diteruskan selepas rehat seketika. Hanya selepas itu, lelaki berkenaan menawarkan untuk melepaskan jawatannya.

“Justeru, tidak benar untuk mengatakan MIC cuba menutup perkara itu. Jika itu adalah niatnya, perkara berkenaan tidak akan dipaparkan. Jika ada usaha untuk menutup, laporan polis tidak akan dibuat terhadap suspek,” kata lelaki itu, tanpa menjelaskan apa “layanan istimewa” yang dimaksudkan itu.

Semalam, Malaysiakini melaporkan terdapat video yang memaparkan bekas timbalan presiden MIC Datuk M Saravanan bertemu dengan tertuduh di ibu pejabat parti dan menasihatinya untuk mendapatkan bantuan perubatan berhubung ‘keadaannya’ itu.

– M’kini

.