VIDEO LUCAH: POLIS SIASAT ‘BAHAGIAN INTIM’ HANA ANISA

Selepas tular sejak Oktober lalu, video lucah membabitkan wanita bernama Hana Anisa kini menjadi subjek siasatan pihak berkuasa Indonesia.

Bekas mahasiswi Universiti Indonesia itu bagaimanapun sebelum ini menafikan dia terlibat dalam rakaman video berkenaan.

Namun polis dari Kota Depok mengesahkan watak dalam video tersebut adalah Hana dan bekas kekasihnya, Hafidz Amrullah selepas mereka menukar pengakuan.

“Ya benar, watak lelaki dan perempuan sudah mengakui video tersebut, Hafidz Amrullah dan Hana Anisa,” kata Ketua polis bahagian jenayah, Putu Kholis seperti dilaporkan portal Tempo.

Terdahulu, Putu berkata Hana Anisa memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa wanita dalam video berkenaan bukan dirinya.

Menurut Putu, Hana memberikan keterangan bahawa dia memiliki kesan luka di bahagian intim tubuhnya.

Sehubungan itu pihak polis melakukan ujian makmal untuk mengetahui kebenaran pengakuan berkenaan.

“Bahagian intim tubuh Hana itu yang kami periksa (siasat). Dan pemeriksaan di makmal forensik untuk memastikan hasilnya (video tersebut asli atau tidak),” kata Putu.

Menurut Putu, selain Hana dan Hafidz beberapa saksi lain akan turut dipanggil untuk disoal siasat.

“Ada beberapa saksi yang kami yakin mampu membuka kes ini yang akan kami siasat. Tapi belum dapat kami dedahkan identitinya,” ujarnya.

Polis kini sedang mencari dalang yang menyebarkan video lucah berkenaan sehingga menjadi tular di media sosial.

“Proses siasatan kes ini masih terus berjalan, kita tunggu saja,” kata Putu.

– M’kini

.