USUL CERAI PKR TALAK TIGA DITERIMA

ALOR SETAR – Muktamar Dewan Pemuda Pas sebulat suara menerima usul supaya diputuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.

Usul itu dikemukakan Perwakilan Muktamar Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu, Abdul Rahman Che Mat dan disokong oleh seorang Perwakilan Muktamar Dewan Pemuda Pas daripada Shah Alam.

Abdul Rahman berkata, usul itu dibuat berdasarkan beberapa perkembangan semasa yang dilakukan PKR dan Pemuda Pas berpandangan hubungan ini boleh diputuskan.

“Situasi Pas dan Pakatan Harapan berlaku dalam pelbagai serangan dan tohmahan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Pas itu sendiri.
“Sebelum ini kita  melakukan pelbagai tahaluf berdasarkan syarak yang ditetapkan, tetapi syarak itu telah dilanggar dan kita cerai PKR dengan talak tiga,” katanya.

Menurutnya, Pas kini berhadapan dengan musuh politik iaitu Umno dan BN serta Pakatan Harapan yang menyerang daripada depan dan belakang.

– SH

.