Usik pramugari seksi, penumpang diarah turun pesawat

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Seorang penumpang lelaki diarahkan meninggalkan pesawat penerbangan Alaska Airlines selepas lelaki itu mengusik seorang atendan penerbangan wanita ketika membuat demostrasi keselamatan.

Menurut Daily Mail, insiden dilaporkan berlaku ketika penerbangan Alaska Airlines bersiap sedia untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle Tacoma semasa atendan tersebut mula menunjukkan cara menggunakan jaket keselamatan.

Perkara itu dikongsi oleh salah seorang penumpang wanita, Amber Nelson melalui laman Facebooknya.

Menurut Amber, salah seorang penumpang lelaki menjerit “oh seksi” kepada krew tersebut.

Krew itu kemudian melaporkan kejadian itu kepada anak kapal lain dan penumpang itu diminta turun dari pesawat tersebut.

Demostrasi keselamatan terus diganti dengan atendan penerbangan lelaki lain.

“Saya rasa berbesar hati sebagai wanita kerana Alaska Airlines menyokong kakitangan mereka yang dihina penumpang dengan tingkah laku yang kurang ajar,” katanya.

– Sinar Harian

.