‘UMNO KINI TAKUT DENGAN BARISAN KEPIMPINAN HARAPAN’

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak diberitahu untuk “membuat keputusan” berhubung peranan yang sepatutnya dimainkan oleh DAP dalam Pakatan Harapan.

Ketua Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff merujuk kenyataan pada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, yang hari ini mempersoalkan ketiadaan wakil DAP dalam tiga kedudukan teratas dalam barisan HARAPAN.

“Dia harus membuat keputusan apa yang dia mahu – DAP menguasai HARAPAN atau perwakilan yang adil dalam HARAPAN?” kata Rais kepada Malaysiakini.

Katanya, Salleh dan pemimpin Umno lain sering-kali mendakwa bahawa DAP menguasai HARAPAN dan membuat semua keputusan penting serta kepentingan Melayu akan diketepikan jika pakatan pembangkang berkuasa.

“Sekarang mereka berkata, bahawa DAP telah diketepikan, jadi mana yang betul?” soalnya.

Rais percaya bahawa pengumuman barisan kepimpinan HARAPAN itu telah ‘menakutkan’ pemimpin BN dan Umno.

“Jadi mereka bertindak secara tidak rasional, mereka takut, berhubung apa yang akan berlaku,” katanya.

Dalam senarai kepimpinan yang diumumkan lewat tengah malam, semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai ketua umum, manakala isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai presiden.

Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad pula dijadikan pengerusi.
HARAPAN juga akan mempunyai tiga timbalan presiden – Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Jawatan naib presiden pula disandang oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chien Jen dan Salahuddin Ayub.

– M’kini

.