UMNO HANYA IRI DENGAN PAKATAN HARAPAN: AMANAH

SHAH ALAM – Dakwaan Umno yang ahli parlimen Pakatan Harapan dikawal penuh oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dibuat hanya kerana rasa iri hati terhadap Pakatan Harapan.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, Umno sebenarnya sakit hati melihat Pakatan Harapan yang kukuh dan begitu dinamik sekarang ini.

“Dulu kita (Pakatan) cuma ada tiga parti (DAP, PKR, Amanah), sekarang kita sudah berempat (DAP, PKR, Amanah dan Bersatu) dalam pakatan.

“Mereka takut kerana Pakatan sahaja yang mampu mengalahkan mereka,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Umno mendakwa semua keputusan yang dibuat ahli parlimen dalam Pakatan termasuk mereka yang beragama Islam telah dikawal sepenuhnya oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keadaan ini jelas kelihatan menerusi pembentangan usul persendirian cadangan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, baru-baru ini.

– SH