UMNO DIJANGKA HILANG UNDI

PAS mengalu-alukan kesediaan kerajaan untuk menubuhkan suruhanjaya diraja (RCI) bagi mengkaji tragedi Memali.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengingatkan kerajaan untuk turut menubuhkan RCI bagi menyiasat isu berkaitan skandal 1MDB.

Menurut Tuan Ibrahim, RCI bagi kedua-dua kes tersebut perlu ditubuhkan bagi membolehkan siasatan rapi dilakukan dan memberi keadilan kepada semua pihak.

“PAS mengalu-alukan kesediaan kerajaan untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat tragedi Memali pada November 1985.

​”​Perlu diingatkan bahawa PAS juga menuntut RCI ditubuhkan untuk 1MDB sejak 2015.

​”​Desakan menubuhkan kedua-dua RCI ini bagi melakukan siasatan rapi dan memberikan keadilan kepada semua pihak​,” katanya.

​Semalam Zahid berkata, kerajaan bersedia mempertimbangkanpenubuhan RCI bagi mengkaji peristiwa Memali yang mengorbankan 18 nyawa.

​Zahid yang juga menteri dalam negeri itu berkata lagi, penubuhan suruhanjaya berkenaan boleh dibuat sekiranya terdapat permintaan daripada individu, pertubuhan atau parti politik. ​

– https://www.malaysiakini.com

.