‘UMNO DARI ABANG LONG MENJADI AH LONG’

Pakatan Harapan (HARAPAN) dijangka akan mengumumkan rancangan besarnya untuk menghadapi PRU-14 termasuklah calon perdana menteri dalam konvensyen kedua gabungan itu yang diadakan hari ini.

Kira-kira 1,000 orang hadir dalam pertemuan selama satu hari di Shah Alam.

Bunyi siren dan paluan gendang menyambut ketibaan Pengerusi HARAPAN Dr Mahathir Mohamad, presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang hadir bersama setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Laungan slogan ‘reformasi’ kemudiannya bertukar ‘hidup Tun’ apabila pimpinan tersebut masuk ke dalam dewan.

Ketua setiausaha HARAPAN Datuk Saifuddin Abdullah berkata gabungan itu akan cuba untuk mencapai keputusan muafakat dalam persekitaran politik negara yang tidak ideal.

Beliau juga mengulang pendirian status saksama kesemua empat parti dalam HARAPAN yang tidak seperti BN yang mana Umno telah berubah dari ‘abang long’ (abang sulung) kepada ‘ah long’ (peminjam wang tanpa lesen).

Sebuah video memaparkan perjuangan HARAPAN dimainkan dengan mesej akhirnya ‘kita mesti menang’.

Konvensyen ini akan diteruskan dengan segmen pentas rakyat yang mana perwakilan daripada sayap pemuda, wanita dan sektor lain akan mengutarakan pandangan mereka.

Harapan akan umum polisi-polisi mereka hari ini.

Petang ini, pemimpin utama akan menyampaikan ucapan mereka dan ucapan ketua HARAPAN akan dibacakan.

– M’kini

.