UMNO DAN KEMASUKAN BUKAN MELAYU

Bagi memahami perjuangan Umno, terlebih dahulu perlu memahami perjuangan kemerdekaan. Tidak seperti di kebanyakan negara-negara Asia yang lain, perjuangan kemerdekaan di Malaysia dilancarkan  secara aman tanpa sebarang pertumpahan darah yang mengambil masa 11 tahun proses perundingan dari tahun 1946 hingga 1957, dan Umno memastikan supaya rundingan bukan sahaja membabitkan kaum Melayu tetapi juga memasukkan kaum Cina, India dan etnik lain.

Bagi mencapai  apa yang dianggap sebagai satu susunan yang memberi faedah bersama, ia pertamanya memerlukan kesepakatan orang Melayu, dan begitulah kisahnya bagaimana Umno ditubuhkan yang pada mulanya merupakan satu gabungan pelbagai persatuan, pertubuhan dan pergerakan  di seluruh negara, dan apabila Umno diwujudkan, pemimpinnya duduk berunding dengan pemimpin Cina, India dan kaum etnik lain untuk membentuk satu gabungan yang dikenali sebagai Perikatan atau Parti Perikatan.

Gabungan inilah yang berunding dengan Inggeris untuk mendapatkan kemerdekaan, dan sebahagian daripada intipati perjanjian kemerdekaan itu, antara lain, menyentuh isu kewarganegaraan untuk penduduk bukan Melayu yang sekaligus menyaksikan peratusan majoriti Melayu berkurangan ke sekitar 50 peratus daripada penduduk keseluruhan negara ini. Ia merupakan satu pengorbanan besar atau pengorbanan yang wajar dilakukan oleh bangsa Melayu bagi menunjukkan kepada kaum bukan Melayu bahawa mereka adalah rakan setara dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

Itulah asas penubuhan Umno, Perikatan dan tanah Melayu yang merdeka. Ia berlandaskan susunan yang memberi faedah bersama, dan dalam memberikan bukan Melayu peluang bersuara yang sama dan mengetahui bagai mana kemerdekaan diperolehi. Inilah asas penubuhan Barisan Nasional hingga ke hari ini, dan hanya Umno dan Barisan Nasional yang boleh meniup semangat kesamarataan manakala yang lain hanya pandai bercakap tetapi tidak dapat melaksanakan. Untuk Umno kekal  selama 71 tahun dan Perikatan selama 65 tahun,  sekarang dipanggil Barisan Nasional, memperlihatkan terlalu sedikit perkongsian di mana-mana di dunia ini yang boleh meniru pencapaian tersebut. Inilah yang menjadikan Malaysia yang kita lihat pada hari ini.

Salleh Said Keruak

– https://sskeruak.blogspot.my

.