UMMAH TERHARU SOKONGAN HADI

Tujuh tuntutan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) berkaitan orang Melayu-Islam, khususnya berkaitan tanah rizab, semasa konvensyen minggu lalu mendapat sokongan PAS, kata Ketua Sekretariatnya, Aminuddin Yahya.

UMMAH hari ini mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat parti Jalan Raja Laut untuk menyerahkan senarai tujuh tuntutan tersebut yang diketuai wakil NGO terbabit.

“Beliau (Hadi) menyambut baik dan akan membuat kenyataan bagi menyokong tuntutan terbabit dalam satu kenyataan dalam tempoh terdekat dan kami rasa terharu dengan sokongan yang diberikan,” kata Aminuddin dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum.

Bagaimanapun, wakil PAS tidak ada bersama dalam sidang media tersebut.

– M’kini

.