UM HERET AKTIVIS SISWA ‘ANTI-1MDB’ KE JK DISIPLIN

Universiti Malaya (UM) mengheret aktivis-aktivis mahasiswa yang mengangkat plakad ‘anti-1MDB’ dalam sesi perbincangan bersama bos syarikat pelaburan itu Arul Kanda Kandasamy pada 11 Oktober tahun ke jawatankuasa disiplin.

Timbalan Presiden Umany Tan Jia You, Ketua Biro Publisiti Chua Hun Ti dan Setiausaha Agung Lau Li Yang dituduh tidak berdisiplin, mengganggu ketenteraman awam dan menghasut atau terlibat dalam boikot terhadap program rasmi universiti.

Kecuali tuduhan mengganggu ketenteraman awam, bekas presiden Umany Ho Chi Yang juga berdepan tuduhan berdepan pertuduhan sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM200, digantung atau dibuang pengajian.

Pendengaran kes itu ditetapkan pada Rabu, 18 Januari depan.

Pada 11 Oktober lepas, empat mahasiswa itu mempamerkan plakad menuntut jawapan terhadap dakwaan skandal 1MDB, meminta syarikat itu tidak memutar belit fakta dan menuntut pemulangan semula “wang rakyat”.

Dalam acara itu, Arul Kanda menjelaskan berkaitan dakwaan terhadap syarikat cetusan ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Rzak itu.

Beliau antara lain berkata Deloitte Malaysia berundur sebagai juruaudit 1MDB kerana tidak menyiapkan audit 2015.

– M’kini

.