ULAMA HARUS BERTAUBAT

Harussani sekali lagi mengecewakan umat Islam negara ini dengan cara beliau membabi-buta (maaf jika perkataan ini juga tidak halal seperti sosej) membela kejahatan dasar Najib si Ulil Amri.

Di dalam Al Quran dan Sunah korupsi merujuk kepada beberapa bentuk perbuatan songsang yang membahayakan keseimbangan ekonomi, sosial malah menggugat kestabilan alam ciptaan Allah. Memang para ulama berbeza pendapat tentang istilah ‘fasad’ dan ‘rashwa’. Fasad diertikan secara umumnya ketidakjujuran, pecah amanah, penipuan. ‘Rashwa’ atau rasuah (bribery) pula adalah bentuk ‘ifsad’ atau salahlaku yang utama yang menghancurkan yang ‘hak’ dan menegakkan yang batil.

Hadiah dalam bentuk benda atau wang yang diberi kepada penguasa dan dalam mencapai sesuatu keputusan pun dianggap rasuah kerana ianya boleh merupakan salahguna kuasa judisial atau pentabiran, atau kekuasaan politik, kepercayaan dan sebagainya.

Bergantung kepada konteks – Al-Soht (iillegal earnings), Al-Hadiya (gifts) – yang melibatkan pemberi mengharapkan sesuatu balasan daripada penerima, dan dalam proses itu mengambil hak orang lain adalah dianggap perbuatan rasuah. Malah, Al-Sadaqah yang pemberinya mempunyai niat terlindung di dalam hatinya pun dijatuhkan status sebagai ‘rashwa mukna’h.

Bukankah BR1M – hasil wang pembayar cukai termasuk saudara saudari pembaca dan juga saya – akan diberi kepada penerima, dari tangan-tangan ahli-ahli UMNO menjelang pilihanraya ini – secara jelas merupakan suatu rasuah mukna’h?

Bayangkan visual ini –  pemimpin UMNO (mereka ini manusia) akan taburkan dedak berbentuk BR1M kepada kita (yang tak lain hanya dianggap sebagai binatang bernama ayam) dan kita akan berebut –rebut untuk makan dedak ini. Bukankah dedak BR1M ini rasuah? Malah lebih hina dari rasuah, UMNO mengambil wang kita semua sebagai pembayar GST dan menyuruh kita menjilat dedak di tangan-tangan mereka yang jijik dan penuh kudis itu seolah-olah itu wang dari parti mereka. Bukankah ini cara UMNO meludah ke muka kita semua?

Dalam PAU UMNO 2015, Najib pilihan Tuhan telah membuat satu lakonan yang begitu memualkan apabila berkata “kita kena buat supaya rakyat merasakan setiap butir nasi yang mereka makan adalah kerana UMNO”.Lihatlah sendiri petikan tersebut di sini .

Inilah yang sedang dibuat Najib Ulil Amri pilihan Tuhan orang UMNO ini. Mereka miskinkan kita dengan kos sara hidup yang tinggi dan kemudian melambai-lambai kita dengan BR1M agar menyokong mereka. Saudara dan saudari, dimanakah maruah kita?

Yang lebih mengecewakan adalah sikap ‘pemimpin agama’. Mereka masih tidur, malah bersongkol dengan yang zalim. Apakah ahli syurga seperti Harussani Mufti Perak telah sengaja buat-buat lupa pada Ayat 188 di dalam Surah Al-Baqarah:

“Janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui

Di manakah Harussani ketika penyiasatan tentang 1MDB oleh SPRM dihancurkan oleh Najib Ulil Amri pilihan Tuhan dengan cara yang kejam dan melanggar undang-undang di atas kepentingan beliau untuk terus berkuasa? Pernahkah terjadi di mana pegawai SPRM telah membuat solat hajat meminta bantuan Allah agar mereka dibantu dalam menegakkan kebenaran?

Semoga Harussani diberi kesempatan bertaubat dan meletakkan sesuatu yang hak dan bathil di tempat masing-masing.

– https://jebatmustdie.wordpress.com

.