TWEET YANG MENJADI TULAR( VIRAL)

Saya tidak menyangka tweet saya ini akan menjadi tular (viral),dihujani beribu orang tetapi inilah yang berlaku yang menunjukan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia adalah berfikiran waras,berhemah,berperadaban, tahu menilai yang baik dan yang buruk , yang benar dan yang palsu dan benci dengan pengucapan yang keterlaluan walaupun datang dari sesaorang yang dianggap terpelajar.

Tweet saya itu ialah:

BILA TUN MAHATHIR MENJAWAB SULTAN JOHOR DENGAN PENUH BIJAKSANA MENGENAI FOREST CITY,ADAKAH BERJUTA YANG BACA ANGGAP DIA GILA ATAU ADA ORANG GILA DALAM KABINET.

Seorang menteri kabinet telah meanggapnya gila dan nyanyuk

Harus diingatkan bahawa Tun telah berumur lebih 90 tahun dan datang dengan suatu jawapan yang amat mengkagumkan rakyat berasaskan fakta dan hujjah yang kuat,tersusun kemas, terang dan mudah difahami.

Saya juga berpandangan tidaklah seharusnya sesiapapun termasuk mereka yang merasa diri kebal menggunakan kelemahan kuasa politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk diexpolitiasi sehingga menampakah Najib bertambah lemah dan hilang maruah di mata rakyat kerana terpaksa bergantung kepada kuasa yang bukan kuasa rakyat.

– http://zamkata.blogspot.my/

.