TUNTUTAN SEMULA PULAU BATU PUTEH UNTUK TUTUP KELEMAHAN NASIONALIMSE NAJIB

ARAHAN PADA KETUA2 PENGARANG AKHBAR DAN TV3.
Dapatkan reaksi sokongan rakyat terhadap tuntutan semula Malaysia ke atas Pulau Batu Puteh.Dapatkan komen Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy, ketua-ketua bahagian UMNO,orang-orang kita di universiti-universiti termasuk ahli sejarah, NGO terutama Jaringan Melayu Malaysia.
Jangan matikan isu ini, hidupkan dari masa kemasa hingga pilihanraya nanti. Utusan Malaysia boleh pakai berita ini dari muka satu hingga di tiap2 muka dalam.Dapatkan juga reaksi dari menteri-menteri dan juga kalangan pembangkang. Kalau mereka tak sokong besarkan.
Yang benar,
Pegawai akhbar sukarela

Tiba-tiba Malaysia membangkitkan semula tuntutan Pulau Batu Puteh sebagai hak Malaysia setelah lapan tahun jatuh ke tangan Singapura atas ketidakcekapan, kelalaian dan kelemahan Wisma Putra.

Adakah rakyat sedar kenapa Malaysia membangkitkan semula isu yang berkemungkinan menegangkan hubungan antara Malaysia dan Singapura yang hendak dirapatkan dengan keretapi laju.

Percayakah anda bahawa ini suatu tuntutan yang ikhlas atau bertujuan untuk mengaburi mata rakyat yang mempunyai beberapa prasangka buruk terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib terutama dalam hubungan ekonomi dengan China.

Rakyat harus melihat dari segi hakisan imej politik Datuk Seri Najib sebagai nasionalis negara dan ke Islamannya. Terkini Najib terlihat sebagai pengecut menghadapi humilation Presiden AS Trump terhadap orang Islam dan negara Islam hingga tak sepatah kata kecaman terkeluar dari lidahnya.

Apakah wajar kerana tidak melibatkan negara Malaysia maka kita mendiamkan diri?

Tentunya rakyat dapat memikirkan apakah reaksi Malaysia dalam hal ini sekiranya berlaku di era Mahathir Mohamed.

Dalam masa yang sama rakyat terutama orang Melayu sedang dalam keadaan marah dan bimbang dengan pembangunan Forest City yang akan menenggelamkan Putrajaya ibu negara Malaysia yang beridentiti Melayu dan Islam.

Dalam hal ini UMNO terlihat telah dibeli oleh MCA menerusi Duta Khas Malaysia ke China, Ong Ka Ting yang meyakinkan Najib bahawa masa depan Malaysia bergantung kepada China sebagai kuasa besar ekonomi.

Dengan keupayaan besar bekas Presiden MCA ini membawa berbillion US$, penanaman modal China ke Malaysia tentunya akan membina semula keyakinan orang Cina Malaysia terhadap MCA dan mengancam pengaruh politik DAP.

Najib berharap dengan membangkitkan semula tuntutan Pulau Batu Puteh ini yang akan memakan masa bertahun-tahun untuk pengurusan kesnya akan melupakan rakyat terhadap penyelewengannya dari nasionalisme Malaysia sehingga Pilihanraya ke-14.

Bagi Najib yang penting ialah kemakmuran negara walaupun tanpa maruah kerana beliau amat berminat untuk menjadikan DUBAI yang maju dengan penanaman modal asing terutama pemodal besar Amerika Syarikat yang mengkayakan keluarga di raja Arab dan golongan bangsawan Arab dan bukannya rakyat biasa tempatan.

– http://zamkata.blogspot.com/

.